In:

Taniah nabil kerana menang 'ABH'


taniah di ucapkan kat nabil coz jadik juara 'ABH' baru-baru ni ,...

smoga nabil diberkati dan terus bersinar dalam karea anda yerr...

In:

In:

Duka Nora tiada yang tahu


CERITA rumah tangga artis bergolak yang menghiasi ruang hiburan akhbar dan majalah membuatkan Papa dan rakan-rakan lain tidak senang duduk.
Ada juga di kalangan berita berkenaan yang mengejutkan kami kerana tidak sangka perkahwinan artis-artis popular berakhir sedemikian rupa. Selepas kisah Beego dan isterinya yang dibawa ke mahkamah, kini cerita perkahwinan Nora Danish pula semakin luas diperkatakan.
Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan segala-galanya. Sebagai wartawan, Papa dan rakan-rakan hanya melaporkan apa saja yang berlaku. Ada ketika, kami sendiri bimbang untuk menulis perkara-perkara yang menyentuh hal peribadi kerana bimbang disalah anggap oleh masyarakat.
Apa pun, minggu ini, Papa ada beberapa gosip menarik untuk tatapan anda. Kepada anda yang ingin berkongsi cerita panas artis-artis Malaysia, ayuh e-mel kepada Papa di papagosip@utusan.com.my.
KEHIDUPAN peribadi pelakon comel, Nora Danish nampaknya terus menjadi perhatian media. Masakan tidak, rumah tangga aktres yang terkenal menerusi drama bersiri Puteri itu dengan suaminya, Rizal Ashram dilaporkan sedang bergolak.
Papa yang mendengar cerita Nora merasa sangat sedih kerana rumah tangga yang dibina atas dasar kasih dan sayang diuji dengan gelombang yang bukan kecil.
Kini, Nora khabarnya memilih untuk berdiam diri dan enggan menemui wartawan bagi menjelaskan kedudukan sebenar rumah tangganya.
Bahkan, khabar daripada beberapa rakan yang terlibat dalam industri penerbitan drama dan filem, Nora juga membuat keputusan untuk tidak aktif berlakon dalam masa terdekat ini kerana mahu menyelesaikan kemelut peribadinya.
Menurut sumber keluarga Nora pula, pelakon itu kini berendam air mata mengenangkan kesedihan yang sedang dilaluinya. Sebagai wanita, Nora tidak pernah meminta kehidupannya diuji sebegini, jauh sekali untuk melihat rumah tangga musnah kerana yang pasti, kasih dan sayang Nora pada suaminya tidak berbelah bagi.
Apa yang diberitahu kepada Papa, aktres itu mahu mencari ketenangan diri lebih-lebih lagi selepas pelbagai dakwaan tidak berasas dilaporkan menyebabkan hati Nora benar-benar terguris.
Papa faham bagaimana perasaan Nora ketika ini dan kerana itu juga dia memilih untuk tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan-rakan wartawan.
Satu hari nanti, Papa percaya, Nora akan menemui Papa dan rakan-rakan lain untuk menjelaskan keadaan sebenarnya.
Cuma yang Papa harapkan jangan pula Nora melengah-lengahkan usaha itu kerana selagi dia tidak tampil buat penjelasan, lebih banyak cerita kurang manis akan kedengaran.

In:

Nabil tidak akan memilih


BERGELAR juara Raja Lawak Astro musim kedua, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 25, kini semakin laris di pasaran dunia hiburan.
Diberi kepercayaan mengendalikan program sendiri iaitu Fikirlah Sendiri Nabil yang bersiaran sejak 6 Jun lalu di saluran Prima (saluran 105, Astro), Nabil sememangnya mampu untuk pergi lebih jauh dengan bakat yang dimilikinya.
Melangkaui batas sempadan Astro, Nabil bakal bergelar pelakon apabila ‘dilamar’ oleh Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen untuk membintangi filem terbarunya, Cifu.
Dalam Cifu, anak jati Negeri Sembilan itu akan digandingkan bersama Saiful Apek dan beberapa lagi pelakon terkenal seperti Erra Fazira dan Fouziah Gous.
“Saya akan memegang watak sebagai Tonga. Penggambaran dilakukan selama sebulan di Lenggong, Perak dan sekitar Kuala Lumpur.
“Syukur kerana saya memperoleh banyak peluang untuk mengembangkan bakat sebaik memenangi Raja Lawak musim kedua,” katanya kepada Hits baru-baru ini.
Tarikh 14 Mac lepas menjadi saat membahagiakan bagi Nabil setelah diumumkan sebagai juara Raja Lawak.
Ia sekali gus melayakkannya membawa pulang sebuah kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium dan juga pakej percutian serta wang tunai berjumlah RM10,000.
Dengan kemenangan itu juga, Nabil mampu mengubah kehidupannya yang dahulu bekerja sebagai penghantar surat atau mat despatch.
Menyambung bicara mengenai Cifu, Nabil yang masih solo memberitahu ia sebenarnya sebuah filem yang mengisahkan kehidupan dua lelaki yang sejak sekian lama menetap di dalam hutan.
“Lelaki itu adalah saya dan Saiful Apek. Tinggal di dalam gua dan hutan, entah bagaimana, dalam lakonan itu kami kemudiannya ‘tercampak’ ke Kuala Lumpur.
“Kerana tinggal lama di hutan, Sifu dan Tonga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini. Bermula dari situ, pelbagai kejadian berlaku dan ia sememangnya sebuah filem komedi yang menghiburkan. Saya suka berlakon terutama apabila bergandingan dengan Saiful Apek,’’ ujarnya yang baru sahaja pulang bercuti di Hong Kong bersama keluarga.
Menurut Nabil, sebaik tamat Cifu, dia diberitakan akan membintangi sebuah lagi filem iaitu Lu Fikirlah Sendiri The Movie.
“Melalui filem berkenaan, saya bakal memegang watak utama. Mengikut jadual, ia akan menjalani penggambaran pada bulan depan,’’ jelasnya.
Tidak memilih
atau demand
Kata Nabil, peluang yang ‘terhidang’ di depan matanya baik di bidang pengacaraan atau lakonan, membuatkan dirinya tidak mahu bersikap memilih atau bersikap demand.
“Bagi saya, kaut sahaja segala peluang yang datang. Buat apa hendak memilih atau demand itu ini. Prinsip saya cukup mudah iaitu lebih baik ada daripada tidak diberikan langsung peluang,” katanya.
Menjayakan
Konsert Fenomena
Baru-baru ini Hits berkesempatan menyaksikan rakaman program Konsert Fenomena yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri.
Selain Nabil, konsert yang akan ditayangkan menjelang Hari Raya Aidilfitri itu nanti menampilkan Elyana dan The Fabulous Cats.
Turut mengadakan persembahan adalah kumpulan Spider, Ash Nair serta Ultimate.
Melalui konsert berkenaan, Elyana dan The Fabulous Cats akan menyampaikan beberapa lagu hits mereka bagi memeriahkan suasana Aidilfitri.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan Elyana adalah Main Tarik Tali, Niat, Diriku Tapak Sulaiman, Tak Tercapai Akalmu, Syukur Ku Sedar, Bukannya Satelit dan Kalis Rindu.
The Fabulous Cats pula dengan lagu Fantastik, Bila-bila Katakan, Rimas dan Bawa Ku Terbang.
Bagi Nabil pula, penampilan pelawak tinggi lampai itu pasti akan membuatkan penonton tidak kering gusi melayan komedi spontannya.
“Saya sudah pun diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah program lawak di saluran Astro. Dengan penampilan di RTM, ia memberi ruang untuk saya meluaskan skop bakat yang saya miliki,” ujar Nabil.
Tambahnya, selain Astro dan RTM, dia menyimpan impian untuk beraksi atau merasai bertugas di mana-mana saluran televisyen di negara ini.

In:

Percubaan pertama Aizat


KOMEN: Aizat merupakan penyanyi baru yang berbakat dan berani tampil dengan lagu-lagu ciptaannya sendiri.
Album sulung ini memperdengarkan lagu-lagu ciptaannya sendiri seperti Lagu Kita, Selamat Tinggal Akhirnya dan Cintai Diriku.
Bintang Akademi Fantasia ini membuktikan bukan semua peserta program televisyen (TV) realiti itu hanya bergantung atas populariti semata-mata.
Sebaliknya, Aizat mempunyai mutu dan nada suara yang tersendiri. Kelembutan suaranya terserlah, misalnya melalui lagu Sahabat.
Banyak lagu menarik dalam album ini di mana secara keseluruhannya ia berkonsepkan muzik pop, ballad dan rock.
Malah, kali pertama saya mendengar lagu seperti Hanya Kau Yang Mampu, saya dapat merasakan kekuatan melodi lagu itu yang mudah dihayati.
Kalaulah lagu itu lebih kerap kali disiarkan menerusi radio atau TV, saya yakin ia mampu menjadi sebuah lagu yang popular.
Kreativiti yang ditonjolkan menerusi kulit album ini juga menarik biarpun ia hanya berlatarbelakangkan lokasi di sekitar Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Cuma saya sedikit ralat apabila Aizat seakan-akan lebih cenderung kepada gaya dan lenggok nyanyian seperti penyanyi-penyanyi dari Indonesia.
Paling ketara menerusi lirik lagu Hanya Kau Yang Mampu apabila terdapat perkataan Indonesia seperti kapan yang sepatutnya boleh digantikan dengan perkataan bila.
Sepatutnya, menerusi percubaan pertama seperti inilah Aizat memperlihatkan keasliannya semaksima yang boleh.
Apa pun, inisiatif anak didik penyanyi Hattan ini dalam menghasilkan lagu, lirik serta album sendiri patut diberi perhatian dan diteruskan pada masa depan.

In:

Radhi, Shazlin bercerai?


Isteri akui sudah hampir lapan bulan tidak tinggal serumah dengan pelakon dan penyanyi popularBELUM pun reda kemelut rumah tangga yang melanda pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, terbaru yang dapat Zubir teropong, kononnya sepasang lagi teman artis, Radhi OAG bersama isterinya, Shazlin Sharif, bekas anggota GIM, sudah tidak sehaluan apabila perkahwinan dibina hampir empat tahun lalu, bagai retak menanti belah, lafaz cerai hanya menanti untuk diterjemahkan saja. Zubir dengar cerita, Radhi yang bakal muncul dengan filem pertamanya, Antoo Fighter: Amukan Drakulat pada 27 November ini, sudah hampir lapan bulan tidak tinggal sebumbung dengan Shazlin. Adakah gara-gara pembabitan orang ketiga sekali lagi, hanya Radhi mahupun Shazlin ada jawapannya. Difahamkan, sekitar Ramadan lalu, Radhi pernah mengadu dengan beberapa teman rapatnya, fikirannya kini runsing kerana berdepan dengan masalah rumah tangga. Namun, sikap gila-gila Radhi dan sering membuat jenaka, membuatkan luahan hatinya tidak dipandang serius oleh rakan sekelilingnya kerana beranggapan mungkin dia sekadar bergurau. Pernah suatu ketika, ada rakan memberitahu Zubir, ketika Radhi hadir untuk salah satu sesi tayangan perdana Antoo Fighter: Amukan Drakulat, dia hanya membawa anak lelakinya, Muhd Rifdhi Muslim yang kini berusia tiga setengah tahun, namun kelibat Shazlin tidak pula kelihatan bersamanya. Terbaru yang singgah ke telinga Zubir, rupa-rupanya ketika Radhi dan Shazlin menyertai program realiti TV, Sehati Berdansa musim pertama tahun lalu, rumah tangga mereka sudah pun berdepan dengan masalah, bergelora, tapi disebabkan komitmen dan tidak mahu peminat menyangka yang bukan-bukan, terpaksalah mereka telan keperitan itu walaupun hakikatnya pasangan berkenaan tidaklah bahagia seperti yang disangka. Ada sumber yang rapat dengan pasangan itu, memberitahu Zubir, Radhi pernah melafazkan kata cerai terhadap Shazlin, tapi sehingga hari ini belum ada sebarang pengesahan cerai dari mahkamah syariah. Sumber sama menambah, khabarnya sudah dua kali Radhi gagal hadir ke mahkamah syariah untuk pengesahan cerai mereka. Justeru, sehingga hari ini tidak dapat dipastikan sama ada perceraian Radhi, Shazlin sah atau sebaliknya, namun yang pasti, pasangan berkenaan sudah tidak mampu untuk tinggal bersama lagi apabila ketika ini masing-masing membuat haluan sendiri sementara menunggu kes mereka dibicarakan di mahkamah. Menerusi pertolongan seorang teman, Zubir dimaklumkan Shazlin kini menetap bersama anaknya di rumah orang tuanya di Petaling Jaya, Selangor dan pada masa sama, Shazlin sudah pun bertugas di sebuah firma guaman berdekatan rumah ibu bapanya. Atas bantuan rakan tadi juga, Zubir berjaya menghubungi Shazlin untuk mendapat kesahihan cerita terbaru mengenai rumah tangganya yang sedang bergelora itu. “Sebenar berat mulut Lyn (Shazlin) nak bercerita perihal rumah tangga Lyn pada Abang Zubir. Seboleh-bolehnya Lyn tak mahu membuka pekong di dada, ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Tapi, memandangkan banyak sangat maklumat Abang Zubir dah tahu, Lyn rasa serba salah untuk terus berselindung. “Begini sajalah Abang Zubir, apa yang boleh Lyn jelaskan di sini, memang benar Lyn dan Radhi tidak tinggal serumah lagi sejak awal Mac lalu. Lyn sendiri tak pasti sama ada Lyn sudah diceraikan atau sebaliknya kerana belum ada sebarang pengesahan dari mahkamah. Alhamdulillah, Lyn masih ada ibu bapa dan keluarga yang terus memberi sokongan,” kata Shazlin dalam nada kurang ceria pada suatu petang. Zubir dapat tahu, selepas Shazlin keluar rumah, Radhi masih menetap di rumah sewanya di Kota Damansara, Selangor dan jika ada masa terluang, dia akan mengambil Muhd Rifdhi tinggal bersamanya. Zubir yang sudah agak lama mengenali pasangan Radhi dan Shazlin berharap mereka dapat menyelamatkan rumah tangga kerana angin bertiup kencang ke telinga, khabarnya tidak ada pembabitan orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka. Mudah-mudahan perkahwinan mereka masih mampu bertahan lebih lama, insya-Allah.

In:

Mawi beli banglo RM1 juta?


KISAH cinta pria popular ini semakin lama semakin meresahkan semua pihak. Baik pihak media mahupun khalayak peminat raja khidmat pesanan ringkas (SMS) ini ternanti-nanti bilakah pengakhiran jalan cerita berakhir.
Namun, juara Akademi Fantasia musim ketiga ini semakin bijak bermain dengan kata-kata dan masih belum mahu merungkai ceritera cintanya. Satu demi satu cerita mengenai persediaan perkahwinannya ditulis.
Terbaru, timbul pula cerita mengatakan Mawi bakal memiliki banglo bernilai RM1 juta sebagai persediaan untuk dirinya dan isteri tercinta beristirehat.
Tersenyum manis dan malu-malu penyanyi yang popular menerusi lagu Kian ini seakan-akan mahu menyembunyi perkara tersebut.
“Semuanya masih baru dan tidak perlulah saya ulas panjang. Tunggu sahaja masanya nanti saya beritahu semua pihak tentang perkara tersebut. Kalau cerita panjang-panjang nanti orang kata kita menunjuk-nunjuk pula. Jadi biarlah dulu,” katanya
Menyambung perbualan, penyanyi popular tersebut meminta pengertian semua pihak agar memberinya ruang untuk tidak lagi memperkatakan tentang perkahwinannya.
“Sampai masa saya akan umumkan kepada semua mengenai perkahwinan saya. Sekarang ini belum lagi masanya jadi saya harap semua pihak memahami permintaan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan pemenang cabutan bertuah sempena Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jin Notti
Bertukar bicara dalam nada gembira ucap anak kelahiran Felda Taib Andak ini, dia akan mula menjalani penggambaran filem terbarunya yang juga merupakan terbitan KRU Film berjudul Jin Notti.
Mengakui tidak serik dengan apa yang telah berlaku pada produksi Aduh Saleha, Mawi yakin pisang tidak akan berbuah dua kali.
“Saya yakin dengan keupayaan KRU, sebab kita pun sudah lihat kejayaan-kejayaan mereka. Itu antara sebab saya menerima tawaran tersebut. Ditambah pula jalan ceritanya kelakar jadi saya amat menyukainya,” jelasnya yang membawa watak Ajis seorang pemuda kampung yang berprinsip dan mementingkan kesempurnaan.
Bergandingan bersama penyampai popular Hot.fm, Fara Fauzana, Mawi bakal berada di lokasi sekitar lapan hari sahaja bagi menyelesaikan penggambaran tersebut.
Terkenang Mesir
Saat ditemui, penyanyi berbintang Virgo ini, dia baru sahaja pulang dari Mesir dan Jordan bagi menjalani rakaman Mawi Di Bumi Anbia.
Menceritakan pengalaman di sana jelas Mawi: “Pelbagai tempat-tempat menarik di sana. Saya sangat-sangat terpegun dan bertuah kerana berpeluang untuk melawat tempat-tempat tersebut antaranya makam para nabi seperti Nabi Daniel, Luth dan Harun. Perasaan saya bercampur baur ketika melawat makam-makan tersebut kerana kita dapat rasa keinsafan selepas melawat tempat itu.”
Akui Mawi terdapat juga perbuatan-perbuatan pelik yang dapat dilihatnya ketika di sana.
“Macam-macam benda kita dapat lihat dan salah satunya saya dapat lihat bagaimana ragam orang-orang di sana peluk dan mencium tempat-tempat bersejarah Islam. Macam-macam gaya lagi sehinggakan naik takut melihat betapa ekstremnya mereka,” jelasnya.
Malah kata Mawi, antara detik terindah di Mesir yang tidak mampu dilupakannya pastinya ketika melawat salah satu keajaiban dunia, Piramid.
“Saya sangat kagum ketika masuk dalam Piramid. Kawasannya sangat besar dan cantiknya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya ada satu pintu kecil sahaja untuk kita masuk. Kita kena merangkak-rangkak untuk masuk ke tempat tersebut. Sangat menakjubkan dan saya rasa sangat bertuah kerana dapat mengunjungi tempat itu,” katanya.
Tambah Mawi, salah satu lagi kenangan yang tidak mungkin dilupakan kala dirinya berpeluang untuk mengalunkan azan di Masjid Hassan di Mesir tanpa menggunakan alat pembesar suara namun laungan azan tersebut dapat didengari di seluruh kawasan itu.