In:

'kesian Enot...'


PETALING JAYA - Pelakon Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot tidak menyangka ditimpa nasib malang menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
Ini kerana wang hasil jualan kuih raya miliknya yang berjumlah hampir RM2,000 dicuri seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah di Damansara kelmarin.
Menurut Enot, kejadian pukul 10 malam itu berlaku ketika seorang pekerja wanitanya, Noor Suriani Abdul Aziz, 19, menjaga gerai tersebut sedang bersiap-siap mengemas untuk tutup kedai.
“Semasa kejadian saya berada di sebuah lagi gerai di Downtown, Cheras dan hanya Suriani seorang yang menjaga gerai tersebut,” katanya di sini semalam.
Menurut Enot yang berusia 29 tahun itu, sebelum kejadian, pekerjanya didakwa didatangi seorang lelaki warga asing yang bertanya harga kuih dan jenis-jenisnya.
Suriani, yang ketika itu sedang sibuk berkemas telah meninggalkan begnya yang berisi wang di bawah meja untuk melayan pelanggan ‘istimewanya’ yang tiba-tiba muncul itu.
Jelas Enot yang juga ibu kepada dua orang anak, bagaimanapun tidak sampai lima saat, apabila Suriani menoleh kebelakang beg tersebut telah hilang.
Setelah menyedarinya, Suriani kemudiannya mengejar dan mencari lelaki terbabit hingga ke pintu tetapi gagal mengesan pergerakan lelaki tersebut.
“Seorang pekerja kedai makan berdekatan memberitahu, beg itu dibawa lari oleh seorang lelaki asing dan lebih pelik pelanggan yang datang ke gerai saya itu turut ‘ghaib’,” katanya lagi.
Ekoran kejadian itu, wang hasil jualan kuih raya selama tiga hari itu termasuk beberapa dokumen penting termasuk kad pengenalan ‘lebur.

In:

Istiqamah Nora bertudung...


Keinginannya itu datang sendiri tanpa desakan sesiapa dan apatah lagi ketika menjalani sesi fotografi khas bersama Rap, keputusan itu dibuat secara ikhlas.
“Hendak diikutkan saya pasang niat lebih awal daripada itu ketika usia 19 tahun. Namun, seperti diketahui umum sebaik menyanyi, saya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.
“Keinginan bertudung tidak pernah padam cuma saya tidak pernah memberitahu sesiapa walaupun suami. Pada waktu sama, saya sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi yang memerlukan bergaya setiap hari jadi penampilan bertudung waktu itu dikatakan kurang sesuai.
“Keinginan hati kembali terusik apabila melihat penampilan beberapa personaliti televisyen memakai tudung. Dalam hati saya menyoal diri sendiri mengapa tidak memulakannya,” katanya.
Keazaman Nora untuk bertudung bertambah kuat apabila masuk 2008 dan kata isteri kepada komposer Johan Nawawi ini, waktu itu secara diam-diam dia sudah mula mencari dan mengumpul tudung yang dirasakan sesuai dengan penampilannya.
“Saya masih ingat bagaimana seronoknya mencari tudung di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Pening sebab macam-macam warna dan potongan ada. Saya tidak pernah tahu dan sekarang ini tidak perlu risau kerana ada pelbagai jenis fesyen tudung dijual di sana.
“Masuk pertengahan tahun, saya meminta pandangan suami mengenai keinginan untuk bertudung. Dia bagaimanapun mahu saya memikirkan semasak-masaknya.
“Saya tahu jauh di sudut hati, dia gembira dengan keputusan diambil. Suami pula kalau boleh mahu saya melakukannya dengan ikhlas dan bukan sebab terpaksa, mengikut orang atau sekadar mahu bergaya.
“Selain itu Johan turut menjelaskan kepada saya kemungkinan bakal berlaku jika saya bertudung. Saya faham maksudnya dan keputusan diambil ini adalah yang terbaik.
“Pada majlis sambutan hari jadi ke-35 akhirnya saya terus bertudung. Suami dan tiga anak tumpang gembira dengan penampilan baru saya ini,” katanya lagi.
Di samping itu Nora yang kini bergelar pengacara turut bertuah kerana rakan sekerja di TV9 ramai bertudung dan turut membantu memberikan tunjuk ajar.
“Maklumlah sebagai orang baru hendak membiasakan diri dengan tudung tentu sedikit kekok terutama dalam hendak menggayakannya. Rakan di TV9 menolong saya untuk menggayakan tudung mengikut kesesuaian.
“Selain itu mereka turut membelikan saya barang keperluan lain seperti sarung tangan dan baju diperlukan bagi wanita bertudung,” katanya lagi.
Menyentuh kerjaya seninya pula jelas Nora dengan penampilan baru sudah tentu banyak perubahan akan dilakukan terutama membabitkan lagu yang akan ditampilkan dalam album terbaru bakal diusahakan.
“Pertamanya, sudah tentu tiada lagu yang memerlukan saya menari apabila berada di atas pentas. Tema ditampilkan juga haruslah bersesuaian.
“Begitupun saya tidak begitu bimbang kerana sepanjang bergelar penyanyi peminat lebih menggemari saya mendendangkan lagu balada berbanding rancak.
“Tambahan pula sebagai pengacara rancangan wanita di TV9 yang dekat dengan budaya Melayu sudah tentunya penampilan saya ini sedang diterima orang luar. Tidak dinafikan ramai juga memberikan maklum balas positif dan mereka sukakan penampilan saya ini,” katanya.
Selain imej bertudung turut menjadi perhatian peminat sepanjang Ramadan ini adalah perniagaan kuih raya Secukup Rasa dan hamper diusahakan Nora.
Katanya perniagaannya itu sudah diusahakan tiga tahun lalu dan dibuat secara kecil-kecilan di peringkat awal untuk teman rapat.
“Pada peringkat awal saya hanya mencuba tetapi tidak sangka pula ramai yang meminatinya. Selepas itu perniagaan diusahakan ini semakin berkembang atas promosi mulut ke mulut.
“Masa mula-mula buat suami bising juga kerana kasihankan saya yang asyik membuat kraftangan bermula selepas sahur hinggalah petang. Memang hendak membuat hamper ini kerjanya renyah tetapi dalam waktu sama ia cukup melekakan,” katanya.
Menyentuh mengenai kuih raya pula jelas Nora, dia mempunyai beberapa pembekal yang amat dikenali. Malah, katanya sebelum barang mereka diambil, Nora terlebih dulu merasa dan melihat bagaimana ia dihasilkan termasuk kerja pembungkusan.
“Kebanyakan mereka ini membuat kuih sebagai pendapatan sampingan. Saya mengharapkan usaha memasarkan kuih dihasilkan mampu membantu mereka menjadi usahawan.
“Bermula dari perniagaan kecil mungkin kami boleh sama-sama berkembang dengan menjadi empayar dalam perniagaan pembuatan biskut. Impian saya selepas ini mahu memasarkan Nora Secukup Rasa di pasar raya besar dan terkenal,” katanya

In:

Seyuman Ibu Mengandung - Erra Fazira


Semoga Erra dapat cahayamata yang manis macam ibunya, seyum selalu erra moga baby dalam tu… manis bila keluar nanti. Semoga selamat melahirkan baby nanti..Amin.

In:

Datuk K Nafi Kahwin Pramugari


KUALA LUMPUR, 16 SEPT 2008 : Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K malam tadi menafikan perkahwinan terbarunya bersama seorang pramugari di London dan menegaskan gosip itu sememangnya tidak berasas yang semata-mata ingin merosakkan rumah tangga beliau bersama isteri, Dato’ Siti Nurhaliza.
Lebih daripada itu, suami kepada penyanyi handalan negara terbabit mengakui bahawa 99 peratus masanya adalah di sisi Siti walau ke mana pun termasuk ke luar negara seperti London.
“Sebenarnya anda (wartawan) menerima maklumat itu daripada gosip yang tidak berasas iaitu satu kenyataan yang tidak betul. Ia semakin besar. Untuk dipendekkan cerita, saya menafikan perkara itu. Walaupun Siti sendiri tidak percayakan tentang perkara itu, dia turut bertanya adakah ia benar ataupun tidak.
“Sejak saya berkahwin dengan Siti, boleh dikatakan 99 peratus masa saya hanya bersama Siti. Walaupun ke mana saya pergi, saya tetap bersama Siti.
“Saya tidak berminat untuk menyiasat siapakah yang memulakan cerita ini. Ini pun bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini ada juga gosip yang mengatakan saya memukul Siti.
“Saya berharap kenyataan ini akan menamatkan gosip yang semakin membesar,” kata Khalid ketika menghadiri majlis berbuka puasa serta pengumuman artis naungan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd di Menara Yayasan Tun Razak di sini, malam tadi.
Secara berseloroh, Khalid mengatakan ada ‘monyet’ menggoncangkan pokok selepas wartawan bertanyakan “Masakan pokok boleh bergoyang jikalau tiada angin.”
Gosip perkahwinan Khalid dengan pramugari di London tercetus sejak Ogos lalu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini adalah dugaan terbaru yang melanda rumah tangga mereka berdua selepas khabar angin mengatakan Khalid pernah mencederakan Siti.
Khalid turut mengakui inilah harga yang dibayar selepas mengahwini penyanyi tersohor tanah air.
Menurut Siti pula, dia langsung tidak akan mempercayai cerita sedemikian dan akan tetap meneruskan tanggungjawab sebagai isteri yang baik.
“Benda ini patut dibiarkan, jika ia dilayan ia akan jadi lebih berpanjangan. Orang yang membuat fitnah ini seronok jika agendanya berjaya. Apabila siti terbacanya, hati Siti sekecil kuman pun tidak percaya. Siti juga sudah bertanyakan suami adakah ia benar atau tidak dan jawapannya adalah tidak,” kata Siti.

In:

SMS punca gosip hubungan Norman, Abby bergolak
















Sekalipun menafikan gosip keretakan rumah tangga, aktres popular pernah akui jiwa tertekan
SEBELUM Zubir bercerita lebih lanjut mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, Zubir ingin mengambil kesempatan pada Ramadan ini untuk ucapkan tahniah kepada mereka atas kelahiran cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim pada 17 September lalu.
Bayi perempuan seberat 3.95 kilogram itu dilahirkan secara normal jam 8.22 pagi di Poliklinik Kohilal, Taman Melawati.
Menerusi ruangan ini pada 7 September lalu, Zubir ada menyiarkan sebuah artikel bertajuk, ‘Rumah tangga Norman, Abby kembali bergolak’ yang antara lain menyebut kononnya Norman sudah lama tidak pulang ke rumahnya di Ukay Perdana, sekali gus tidak risau keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung. Khabar angin itu dimaklumkan seorang sumber yang sering makan di sebuah restoran berdekatan pejabat Norman.
Justeru, Norman tampil membuat penjelasan menerusi Berita Harian terbitan 10 September, memberitahu: “Macam mana lewat sekalipun saya habis penggambaran, saya akan pulang ke rumah. Saya sayangkan keluarga, apatah lagi anak-anak juga sedang membesar dan memerlukan perhatian. Setiap saat saya menantikan kehadiran cahaya mata ketiga dengan penuh debaran.”
Menerusi akhbar sama, Norman mendakwa dia kecewa kerana tiada siapa yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung gosip keretakan rumah tangganya. Kata Norman: “Bagi saya gosip ini klise. Saya tahu mengenai gosip dalam akhbar daripada Abby sendiri. Dia menghubungi saya memaklumkan perkara itu.”
Sejurus membaca kenyataan Norman, Zubir terus mengirimkan SMS kepada Norman dan Abby untuk bertemu mereka, sekali gus bertanya kesahihan gosip yang pernah Zubir siarkan, namun selepas beberapa SMS dikirimkan, tiada sebarang balasan daripada mereka. Seminggu Zubir menunggu, tapi hampa.
Akhirnya Berita Harian terbitan 19 September lalu menyiarkan berita kelahiran Maria Danisha, sekali gus melaporkan itu sebagai bukti kisah keretakan rumah tangga mereka hanyalah sekadar sebuah khabar angin.
Berasakan kredibiliti tulisan Zubir dipersoalkan, terpaksalah Zubir menyiarkan kiriman SMS yang datangnya daripada Abby sendiri. Sepatutnya Zubir tidak boleh mendedahkan siapa sumber, namun selepas beberapa peluang diberi supaya Norman dan Abby tampil memberi penjelasan tidak diendahkan, Zubir tiada pilihan lain.
SMS pertama kiriman Abby bertarikh 28 Ogos: “Ya Bang, ada yang boleh saya tolong? Reply jelah SMS saya ni, Sekarang tak suka jawab phone, ‘jiwa tak tenteram’. SMS kedua bertarikh 30 Ogos: “Boleh tolong saya tak? Merayu sangat ni. Minta keluarkan kat paper kata Norman Hakim diminta balik untuk selesaikan masalah dengan isterinya. Boleh Bang? Tertekan sangat dah dengan keadaan sekarang ini. Memang hancur dah hati ini. Tolong Bang.”
Akhirnya SMS ketiga daripada Abby pada tarikh sama berbunyi: “Hati tu sayang tapi keadaan macam tak menyebelahi saya. Makin teruk! Saya terlalu tertekan dengan keadaan. Lagi pulak menunggu hari nak bersalin ni, sedih sangat dibuatnya.”
Mungkin ketika Abby mengirimkan SMS berkenaan, jiwanya kacau. Pun begitu, pada ketika ini Zubir harapkan keadaan rumah tangga Norman dan Abby memang benar kembali pulih sedia kala. Biasalah lautan mana tidak bergelora, begitu juga alam perkahwinan, sentiasa diduga dengan pancaroba. Terpulanglah pada kebijaksanaan kita menanganinya. Yang penting, baik Norman dan Abby, mereka tidak cepat melatah dengan gosip.
Sebagai kawan yang sudah mengenali Norman dan Abby hampir 10 tahun, Zubir minta maaf zahir dan batin sekiranya mereka tersinggung dengan tulisan Zubir, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Syawal, kita bermaaf-maafan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Salam Aidilfitri buat Norman sekeluarga.

In:

MAyA KaRiN



Maya Karin has finally revealed the exact details of her wedding plans. Maya is to marry British-born teacher, Steven Shorthose in Bellagio Italy, 9 August 2008. Steven has been waiting for this wonderful moment for seven years. What a long period of waiting. Steve whose Muslim's name is MUHAMMAD ALI, has embraced Islam 4 years ago. Saiful Bahri will do the honour of designing Maya's wedding dress in Italy, while Radzuan Radzwill for the reception in MALAYSIA. Pelakon berusia 29 tahun itu turut mendedahkan identiti bakal suaminya iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali. Lelaki berusia 38 tahun itu merupakan seorang guru Matematik yang berasal dari England. There's a fan site dedicated to Maya Karin. But this website needs people to register. They do allow ‘previews' but not much good info there. Everyone just talks some and you don't get that real fan site feel of sort. Wedding can be a bit too much for some, especially when the bride is fussy about the reception and wants everything to be perfect and of certain standard or class. To hold a function in a hotel ballroom nowadays costs in the upwards of RM16k for a minimum of 300 guests. Kalau lagi besar tak bernafas saya dibuatnya. Saya ikut keselesaan dan saya tak mampu nak anjurkan majlis besar-besaran atau glamor, malah hantaran pun tak ada,� kata Maya yang sudah tujuh tahun berkasih dengan Steven. "Cukuplah nikah dan majlis makan-makan biasa. Kalau lagi besar tak bernafas saya dibuatnya. Saya ikut keselesaan dan saya tak mampu nak anjurkan majlis besar-besaran atau glamor, malah hantaran pun tak ada,” kata Maya yang sudah tujuh tahun berkasih dengan Steven.